Berikut ini hanya menjadi bahan pengetahuan untuk kita yang masih kurang memahami apa dan siapa sebenarnya Ahlisunnah Wal Jama’ah yang di singkat oleh masyarakat kita dengan sebutan “ASWAJA” yang mungkin penyingkatan itu sedikit menimbulkan pertanyaan dalam benak kita, apakah itu suatu aliran baru, ataukah pemahaman baru? Mari kita ketahui bersama
"السُّنَّةُ كَمَا قَالَ أَبُو الْبَقَاءِ فِيْ كُلِّيَّاتِهِ: لُغَةً الطَّرِيْقَةُ وَلَوْ غَيْرَ مَرْضِيَّةً، وَشَرْعًا اسْمٌ لِلطَّرِيْقَةِ الْمَرْضِيَّةِ الْمَسْلُوْكَةِ فِي الدِّيْنِ سَلَكَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرُهُ مِمَّنْ هُوَ عَلَمٌ فِي الدِّيْنِ كَالصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، لِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ مِنْ بَعْدِيْ".
"Al-Sunnah" seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa’ di dalam kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan, meskipun (jalan tersebut) tidak diridhoi. Adapun al-Sunnah menurut istilah syara` adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diridhai di dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum, berdasarkan sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, "Ikutilah sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin sesudahku"". Ketiga, perkataan al-Jama`ah. [K.H. Hasyim al-Asy`ari dlm kitabnya].[A]
Secara etimologi, perkataan al-Jama`ah ialah segolongan manusia yang bersama-sama secara kolektif dalam mencapai suatu tujuan, sebagai antonim daripada perkataan al-Firqah iaitu sekelompok manusia yang bercerai dan memisahkan diri daripada kelompoknya yang asal. Adapun secara terminologi, perkataan al-Jama`ah membawa maksud; mayoritas kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam), dengan arti bahwa Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Harari (1328-1429 H/1910-2008 M), berikut ini.[B]
"لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ السُّنَّةِ هُمْ جُمْهُوْرُ الأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ وَهُمُ الصَّحَابَةُ وَمَنْ تَبِعَهُمْ فِي الْمُعْتَقَدِ أَيْ فِيْ اُصُوْلِ الاِعْتِقَادِ...وَالْجَمَاعَةُ
هُمُ السَّوَادُ الاَعْظَمُ".
"Hendaklah diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah mayoritas umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip akidah…Sedangkan al-Jama`ah adalah mayoritas terbesar (al-Swad al-A`zam) [daripada kaum muslimin]". Pengertian perkataan al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (mayoritas kaum Muslimin) dilihat seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam.[C]
"عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ, سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ أُمَّتِيْ لا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلالَةٍ, فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الأَعْظَمِ".
"Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang mayoritas. Pengertian bahawa al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (mayoritas kaum Muslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam.[D]
"عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ, قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثٌ لا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلاصُ الْعَمَلِ، وَالنَّصِيْحَةُ لِوَلِيِّ الأَمْرِ، وَلُزُوْمُ الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ".
"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka".
Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut mainstream majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal saleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar dari mainstream majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka, sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin[E]. Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahwa golongan yang terselamatkan adalah golongan mayoritas.[F].
Pengertian ini adalah sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi karena jika dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, perinsip-perinsip ajaran kedua aliran ini telah diikuti oleh majoritas kaum Muslimin di dunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana mengikuti kedua-dua aliran ini bererti mengikuti mainstream mayoritas kaum Muslimin, manakala berlepas diri daripada mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi berarti keluar daripada mainstream mayoritas kaum Muslimin.
Dari sudut yang lain, terdapat sebahagian ulama’ yang berpendapat bahawa maksud al-Sawad al-A`zam di dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada majoriti para ulama’ yang memiliki ilmu yang mendalam dan pendapat mereka ini dapat diikuti (mu`tabar). Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Mubarak, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain.[G].
Maka jika diteliti, pendapat ini adalah turut sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji ditambah pula dengan kesepakatan para pakar, mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi merupakan dua aliran di bidang akidah yang telah diikuti oleh mayoritas para ulama’ dari kalangan ahli fiqh, ahli tafsir, ahli tasawuf dan lain-lain. Realiti bahawa mayoritas ulama’ terkemuka dalam dunia Islam sejak zaman berzaman mengikuti mazhab al-Asy`ari turut diakui oleh Abdurrahman bin Salih al-Mahmud (tokoh rujukan Wahhabi) yang mengatakan.[H]
"Di antara sebab terbesarnya mazhab al-Asy`ari ialah, bahawa mayoritas ulama’ berpegangan dengan mazhab tersebut dan menjadi pembelanya, lebih-lebih lagi para fuqaha’ mazhab al-Syafi`e dan al-Maliki. Tokoh-tokoh yang beraliran al-Asy`ari antara lain adalah al-Baqillani, Ibn Furak, al-Baihaqi, al-Isfirayinni, al-Syirazi, al-Juwayni, al-Qusyairi, al-Baghdadi, al-Ghazzali, al-Razi, al-Amidi, al-`Izz bin Abdissalam, Badruddin bin Jama`ah, al-Subki dan masih banyak ulama’-ulama’ yang lain. Mereka bukan sekadar pengikut kepada mazhab al-Asy`ari saja, bahkan mereka juga bertindak sebagai penulis dan penyeru kepada mazhab ini. Oleh sebab itu mereka telah menyusun sekian karangan dan mempunyai pelajar yang begitu ramai".
Hadis-hadis di atas secara realitasnya tidak tepat untuk disandarkan kepada aliran-aliran sesat seperti Syi`ah Imamiyyah, Syi`ah Zaidiyyah, Khawarij, Wahhabi (mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai kaum muda atau Salafi) dan lain-lain, kerana mereka ini tidak lain hanyalah terdiri daripada kelompok minoritas umat Islam, atau dalam kata yang lain, aliran-aliran sesat ini hanya diikuti oleh sebahagian kecil kaum muslimin. Hal tersebut berbeda dengan aliran al-Asy`ari dan al-Maturidi yang diikuti oleh mayoritas kaum muslimin, baik dari kalangan orang awam maupun dari kalangan cendiakawan, ilmuwan dan para ulama’.
Dewasa ini, dengan berpendapat bahawa jumlah majoriti tidak dapat menjadi bukti terhadap benar dan tidak benarnya sesuatu ajaran, golongan Wahhabi telah berusaha untuk mengelirukan fahaman yang terbit daripada hadis di atas dan hadis-hadis lain yang serupa dengannya dari sudut redaksi. Menurut mereka, justeru dengan kelompok mereka (Wahhabi) yang sedikit telah menjadi bukti bahawa merekalah sebenarnya kelompok yang benar, kerana di dalam al-Qur’an sendiri sering kali disebutkan bahawa kebenaran adalah bersama kelompok yang jumlahnya minoritas, sebagaimana [menurut mereka] di dalam ayat,
“Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh dan amat sedikitlah mereka ini”.(Surah Shad (38): 24), “Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur”. (Surah Saba’ (34): 13). dan ayat, “Dan sebagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain)”.(Surah Yusuf (12): 106) dan lain-lain.
Anggapan serta dakwahan golongan Wahhabi tersebut tidak dapat diterima sama sekali. Para ulama’ mengatakan bahawa ketiga ayat di atas tidak tepat untuk dijadikan dalil bagi membenarkan kelompok yang memiliki jumlah yang minoritas berdasarkan beberapa dasar. Pertama, berkaitan dengan dua ayat yang pertama, perkataan “sedikit”, dalam dua potong ayat tersebut, perlu diletakkan pada konteks “sedikit” yang relatif dan nisbi; yaitu ada kalanya diletakkan dalam pengertian sedikit yang bersifat umum dan ada kalanya dalam pengertian sedikit yang bersifat khusus. Dalam pengertian umum, jumlah kaum Muslimin adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kaum non-muslim.
Sedangkan dalam pengertian yang khusus, kaum muslim yang ikhlas, istiqamah dan konsisten secara sempurna dalam menjalankan perintah agama adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang tidak konsisten secara sempurna. Namun semua kaum muslim yang konsisten (sama ada) dengan sempurna, konsisten yang kurang sempurna, bahkan termasuk juga mereka yang tidak konsisten menjalankan perintah agama, kesemua mereka ini tetap dikatakan muslim yang beriman. Selama mereka mengikuti akidah mayoritas kaum Muslimin, mereka tetap termasuk dalam kalangan pengikut Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah.
Kedua, penggunaan ayat yang ketiga iaitu ayat, “Dan sebagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan yang lain)”.(Surah Yusuf (12): 106),. Terhadap mayoritas kaum Muslimin adalah tidak tepat kerana berdasarkan kesepakatan para mufassirin, ayat tersebut turun kepada kaum penyembah bintang, penyembah berhala, umat Yahudi dan Kristian. Justeru, menggunakan ayat tersebut ke atas kaum Muslimin berarti mengikut tradisi kaum Khawarij sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dalam riwayat Sahih al-Bukhari.[I]
Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini di susun dengan cara yang sistematik oleh dua orang ulama’ yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami.
Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam di zamanya dan zaman selepas mereka, maka penyebutan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah selalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama’ ini. Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya “Ittihaf Sadat al-Muttaqin” syarah bagi kitab “Ihya’ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazali.[J].
"إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ".
"Apabila disebut ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al- Maturidi)". Berkata Syaikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelar Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H) di dalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar”:
[K] "قَوْلُهُ (عَنْ مُعْتَقَدْنَا) أَيْ عَمَّا نَعْتَقِدُ مِنْ غَيْرِ الْمَسَائِلِ الْفَرْعِيَّةِ مِمَّا يَجِبُ اعْتِقَادُهُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ بِلا تَقْلِيْدِ أَحَدٍ، وَهُوَ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ، وَهُمْ مُتَوَافِقُوْنَ إِلا فِيْ مَسَائِلَ يَسِيْرَةٍ أَرْجَعَهَا بَعْضُهُمْ إِلَى الْخِلافِ اللَّفْظِيِّ كَمَابَيْنَ فِيْ مَحَلِّهِ".
"Berarti : yaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (yaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukalaf tanpa taklid seseorang iyalah atas jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan mereka adalah sama pandangan kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi saja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya". Telah berkata al-Syaikh Hassan Ibrahim di dalam kitabnya Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie:
[L] "وَلَمْ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلُ السُّنَّةِ)) إِلا فِى الْعَصْرِ العَبَّاسِى الأَوَّلِ فِى الْوَقْتِ الَّذِىْ تَطَوَّرَ فِيْهِ مَذْهَبُ الْمُعْتَزِلَةِ، حَتىَّ أَصْبَحَ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلِ السُّنَّةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَاسْمُ ((الْمُعْتَزِلَةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَأْخُذُ بِالْكَلامِ وَالنَّظَرِ. أَمَّا فِىْ صَدْرِ الإِسْلامِ فَكَانَ يُطْلَقُ عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ اِسْمُ ((الصَّحَابَةِ))، لأَنَّهُمْ اِجْتَمِعُوْا مَعَ الرَّسُوْلِ وَنَاصَرُوْهُ. كَمَا أَطْلِقُ عَلَى مَنْ أَنَى بَعْدَ هُمْ الأَتْبَاعُ وَأَتْبَاعُ الأَتْبَاعِ. وَظَلَّتِ الْحَالُ كَذَلِكَ إِلَى أَنِ انْتَصَرَ أَبُوْ الْحَسَنِ الأَشْعَرِىِّ وَأَتْبَاعُهُ عَلَى الْمُعْتَزِلَةِ، وَاضْمَحَلَتْ أَكْثَرَ الْفِرَقِ الإِسْلامِيَّةِ الأَخْرَىْ، فَلَمْ يَعُدْ هُنَاكَ سِوَىْ الشِّيَعَةُ وَأَهْلُ السُّنَّةِ، فَيُقَالُ هَذَا شِيْعِىْ وَذَاكَ سَنِّىْ، وَاسْتَمَرَّتْ هَذِهِ التَّسْمِيَةُ إِلَى الْوَقْتِ الْحَاضِرِ."
"Istilah ahl al-Sunnah hanya digunakan bermula pada zaman permulaan kerajaan Abbasiyyah yaitu zaman di mana mazhab mu`tazilah sedang berkembang. Pada ketika itu penggunaan istilah ahl al-Sunnah merujuk kepada mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunah, manakala istilah mu`tazilah pula digunakan bagi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam siri-siri perdebatan. Adapun pada zaman awal Islam, istilah sahabat telah digunakan bagi merujuk kepada mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana mereka semua telah berhimpun bersama-sama Rasulullah dan membantu baginda.
Penggunaan istilah ini berterusan sehinggalah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bersama pengikut dapat mengalahkan golongan mu`tazilah (dalam masa yang sama) aliran-aliran yang lain di dalam Islam terjadi semakin lemah, (akhirnya) hanya tinggal dua golongan saja yang masih kekal pada ketika itu, yaitulah al-Syi`ah dan ahl al-Sunnah, maka dikatakan satu golongan sebagai Syi`e dan satu golongan yang satu lagi sebagai Sunniy. Penamaan/gelaran ini telah berterusan (digunakan) sehingga kini". Al-Syeikh Prof Dr. Ali Juma`ah iaitu mufti Mesir pada masa ini menjelaskan tentang mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di dalam kitabnya:
[M] "مَذْهَبُ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ -الأَشَاعِرَةِ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةِ- مَذْهَبُ وَاضِحٌ فِيْ جَمِيْعِ أَبْوَابِ عِلْمِ التَّوْحِيْدِ، وَلَكِنَّ أَكْثَرَ مَا يُنْكِرُهُ مَنْ جَهَلُوْا حَقِيْقَةَ الْمَذْهَبِ مَسْأَلَةً فِيْ الإِيْمَانِ بِاللهِ، وَهِيَ تَتَعَلَّقُ (الإِضَافَاتِ إِلَى اللهِ)، أَوْ مَايُسَمَّىْ (الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةِ).
"Mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah –al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah- adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun banyak orang-orang yang mengingkarinya ialah orang-orang yang jahil terhadap mazhab tersebut yang sebenar pada masalah iman kepada Allah dan ia berkaitan dengan (al-Idhafat/ sifat-sifat sandaran kepada Allah) atau apa yang dinamakan sebagai (sifat-sifat Khabariyyah)".
Justru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama’ salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini kerana sebenarnya kedua-dua golongan ini hanyalah meringkas dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahl al-Sunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari kalangan mazhab Hanbali (Fudala’ al-Hanabilah). Aqidah ini diajarkan di seluruh pondok Ahl al-Sunnah di negara kita. Dan alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara di daratan Syam (iaitu Syiria, Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi, Yaman, Iraq, Turki, Daghestan, Chechnya, Afghanistan dan masih banyak lagi di negara-negara lain. Oleh itu, wajib atas kita untuk memberi perhatian dan kesungguhan dalam mendalami aqidah al-Firqatun-Najiyah yang merupakan aqidah golongan mayoritas umat Islam. Nama lengkap Abu al-Hassan al-Asy`ari ialah Abu al-Hassan `Ali ibn Isma`il ibn Abu Basyar Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah (sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dikenali dengan nama Abu Musa al-Asy`ari) ibn Qais al-Asy`ari. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah (Iraq), selepas 55 tahun kewafatan al-Imam al-Syafi`e. Beliau telah wafat pada tahun 324 Hijrah di Basrah pada usia 64 tahun.
Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam ahli kalam, pendukung Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, pembantu agama yang pakar dalam bidang keilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang akidah, sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula ilmu akidah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.
Definisi Al-Asya`irah Perkataan al-Asya`irah diberikan atau digunakan kepada mereka yang menjalani dan mengikut metode al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam perkara I`tiqad (keyakinan) (tidak secara taqlid buta tetapi dengan cara mengambil petunjuk). Ia di nisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebagaimana dinisbahkan kepada mazhab empat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi`e dan al-Imam Ahmad ibn Hanbal dalam masalah furu` fiqhiyyah. Sekalipun mereka berlainan atau berbeza pada jalan-jalan istinbat dan pengeluaran hukum-hakam, namun mereka bersatu pada sumber dan ambilan. Demikian juga al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam bidang Usuluddin yang mengambil daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang mulia dan berjalan di atas manhaj para Salaf al-Salih. Perkataan al-Asya`irah dinisbahkan kepadanya kerana beliau telah merintis jalan tersebut dan menyusun serta memasyhurkannya kepada umat manusia selepas ahli bid`ah dan orang yang mengikut hawa nafsu berusaha menghapuskannya.
Dalil-dalil yang Menunjukkan Al-Imam Abu Al-Hasan Al-Asy`Ari ini Benar
Terdapat banyak dalil yang menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari adalah benar dan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menyusun kerangka `Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang bertetapan dengan aqidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum. Banyak dari kalangan ulama’ besar yakin dengan berita gembira yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam mengenai kehadiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebagaimana yang terdapat didalam hadis al-Asy`ariyyin. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda :
"عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْىٍ قَالَ إِنِّي عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَائَهُ قَوْمٌ مِنْ بَنِي تَمِيْمٍ فَقَالَ اِقْبَلُوْا البُشْرَى يَا بَنِيْ تَمِيْمٍ قَالُوْا بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا فَدَخَلَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ اِقْبَلُوْا البُشْرَى يَا أَهْلِ الْيَمَنِ إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُوْ تَمِيْمٍ قَالُوْا قَبِلْنَا جِئْنَاكَ لِنَتَفَقَّهَ فِي الدِّيْنِ وَلِنَسْأَلَكَ عَنْ أَوَّلِ هَذَا الأَمْرِ مَا كَانَ قَالَ كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَيْءٍ".
“Dari Imran bin Husain radiyallahu`anhu berkata: “Aku bersama Nabi sallallahu`alahi wasallam, tiba-tiba datanglah kaum dari golongan Bani Tamim (penduduk Najd), Nabi sallallahu`alaihi wasallam berkata kepada mereka: “Terimalah khabar gembira wahai Bani Tamim!”, mereka menjawab: “Engkau telah member kami khabar gembira kepada kami, oleh kerana itu berilah kami (harta benda)”. Lalu datanglah orang-orang dari penduduk Yaman. Nabi sallallahu`alaihi wasallam berkata kepada mereka: “Terimalah berita gembira wahai penduduk Yaman, kerana Bani Tamim tidak mau menerimanya!” Penduduk Yaman menjawab: “Kami menerima khabar gembira itu wahai Rasulullah dengan senang hati. Kami datang kesini untuk mempelajari ilmu agama dan untuk menanyakan perihal permulaan apa yang ada di dunia ini!” Nabi sallallahu`alaihi wasallam menjawab :
“Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selain-Nya masih belum wujud. `Arasy Allah itu berada di atas air. Kemudian Allah menciptakan langit dan bumi dan mencatat segala sesuatu dalam Lauh al-Mahfuz ”. [Diriwayatkan oleh al-Imam al Bukhari]
Hadith di atas memberi gambaran yang sangat jelas kepada kita mengenai perbedaan di antara sifat penduduk Yaman dan penduduk Bani Tamim yang tinggal di Najd. Penduduk Yaman yang hatinya sangat lembut dan sangat halus, sifat mereka mudah menerima dan mematuhi kebenaran serta mementingkan ilmu agama daripada meminta harta benda atau kekayaan duniawi. Hal tersebut berbeda dengan kaum Bani Tamim yang tinggal di Najd, yang tidak mementingkan ilmu agama, bahkan mementingkan harta benda dan meminta kekayaan duniawi kepada Nabi sallallahu`alaihi wasallam.
Penduduk Yaman memiliki kemauan yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan menanyakan persoalan penting dalam pandangan agama yaiatu mengenai keesaan Allah, yang merupakan pembahasan penting di dalam ilmu tauhid. Berdasarkan hadith tersebut, para ulama’ ahli hadith seperti al-Imam al-Hafiz dan lain-lain berpandangan bahwa sifat al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang bersungguh-sungguh mendalami ilmu akidah dan menyebabkan beliau menjadi pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di dalam bidang akidah.
Jelaslah bahawa penduduk Yaman ini mempunyai sifat yang bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu pengetahuan agama dan persoalan akidah sehingga bertanya secara langsung kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Di dalam hal ini, al-Imam al-Hafiz al-Baihaqi berkata[N]
"قَالَ أَبُوْ بَكْرٍ الْبَيْهَقِيُّ: وَفِيْ سُؤَالِهِمْ دَلِيْلٌ عَلَى أَنَّ الْكَلامَ فِيْ عِلْمِ الأُصُوْلِ وَحَدَثِ الْعَالَمِ مِيْرَاثٌ لأَوْلادِهِمْ عَنْ أَجْدَادِهِمْ".
"Al-Hafiz Abu Bakr al-Baihaqi berkata: “Pertanyaan penduduk Yaman kepada Nabi sallallahu`alaihi wasallam tersebut, menjadi bukti bahwa kajian tentang ilmu akidah dan barunya alam telah menjadi warisan keluarga al-Asy`ari dari keturunan mereka secara turun temurun".
Berdasarkan keterangan di atas, tidak heranlah apabila di kemudian hari, dari kalangan suku al-Asy`ari lahir seorang ulama’ yang menjadi pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dalam memahami dan mempertahankan akidah yang diajarkan oleh Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan sahabatnya yaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari.
Selain itu, hadith ini juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah telah wujud sejak dari azali (tidak ada permulaan), sedangkan pada ketika itu, suatu tempat pun tidak ada, suatu masa pun tidak ada, suatu arah pun tidak ada, `Arasy pun tidak ada, suatu langit pun tidak ada, suatu benda pun tidak ada, gerakan pun tidak ada, suatu diam pun tidak ada, suatu gelap pun tidak ada, suatu cahaya pun tidak ada. Sebenarnya al-Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dalam kitabnya Sahih al-Bukhari dari Abu Hurairah radiyallahu`anhu. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda :
"أَتَاكُمْ أَهْلُ الْيَمَن هُمْ أَرَقُّ أفئدةً وَأَلْيَنُ قُلُوْبًا الإِيْمَانُ يَمَانٌ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَّةٌ".
“Orang Yaman telah datang kepada kamu, mereka amat halus jiwa dan sangat lembut hatinya. Iman adalah Yaman dan hikmah adalah Yamaniyyah”. [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim]. Di dalam hadith yang lain Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda :
"يُقَدَّمُ قَوْمٌ هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةَ مِنْكُمْ"
"Akan datang suatu kaum, mereka mempunyai hati yang lembut dari kalangan kamu”. Selepas Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menuturkan hadith ini, datang kaum Al-Asy`ariyyun dari Yaman, di antaranya Abu Musa Al-Asy`ari (kakek Abu al-Hassan al-Asy`ari).
Beliau iyalah Abdullah ibn Qais ibn Salim ibn Haddhar ibn Harb ibn Amir Al-Asy`ari. Beliau mempunyai suara lunak dan mampu membaca al-Quran dengan baik sehingga apabila bacaannya diperdengarkan, maka orang akan mendengar bacaaannya dengan penuh khusyu` dan merendahkan diri. Dari Abdullah ibn Buraidah dari bapanya, bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam mendengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh Abu Musa Al- Asy`ari radhiyallahu`anhu, lalu baginda bersabda :
"Sesungguhnya dia telah diberikan satu seruling daripada seruling-seruling keluarga Nabi Daud" Di dalam peristiwa Tahkim, Abu Musa Al-Asy`ari telah dipilih sebagai wakil kumpulan. Sayyidina Ali ibn Abu Talib untuk bertemu dengan Amru al-`As yang menjadi wakil kumpulan Mu`awiyyah. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam pernah mendoakan beliau dengan doanya :
"اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ وَأَدْ خِلْهُ يَوْمَ الْقِيَا مَةِ مُدْ خَلا كَرِيْمًا".
Ya Allah! Ampunkanlah dosa Abdullah ibn Qais dan masukkanlah dia pada hari kiamat ke tempat yang mulia”. [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari].
Allah ta`ala berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia (Allah) kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia (Allah); mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapapun yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya". (Surah Al-Maidah : 54). Al-Hafiz Ibn `Asakir meriwayatkan di dalam kitabnya Tabyin Kadzib al-Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:
"لَمَّا نَزَلَتْ: {فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّوْنَهُ} قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (هُمْ قَوْمُكَ يَا أَبَا مُوْسَىْ) وَأَوْمَأَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى أَبِيْ مُوْسَىْ الأَشْعَرِيِّ".
“Tatkala ayat {فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه} turun, lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: “Mereka kaum-mu wahai Abu Musa”, dan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menunjukkan dengan tangan baginda kepada Abu Musa al-Asy`ari”.
Al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai hadis sahih `ala shahih Muslim. Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibn Abi Hatim, Ibn Sa`d dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabrani dalam kitab al-Mu`jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haythami berkata di dalam kitabnya Majmu` al-Zawa’id bahawa rijal hadis tersebut adalah rijal al-sahih. Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qurtubi berkata di dalam kitab tafsirnya[O]:
"قَالَ الْقُشَيْرِيُّ: فَأَتْبَاعُ أَبِي الْحَسَنِ مِنْ قَوْمِهِ, لأَنَّ كُلَّ مَوْضِعٍ أُضِيْفَ فِيْهِ قَوْمٌ إِلَى نَبِيٍّ أرِيْدَبِهِ الاَتْبَاعُ".
“Al-Qusyairi berkata: Maka para pengikut Abu al-Hasan al-Asy`ari adalah termasuk kaumnya (Abu Musa al-Asy`ari) kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi maka maksudnya ialah para pengikut”.
Berkaitan dengan hadis yang mempunyai maksud yang sama dengan hadis di atas yaitu dengan lafaz : هم قوم هذا) yang mafhumnya: “Mereka adalah kaum lelaki ini” sambil Nabi sallallahu`alaihi wasallam mengisyarat tangannya kepada Abu Musa al-Asy`ari." Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: "هُمْ قَوْمُ هَذَا". Maksudnya: "Mereka adalah kaum orang ini." ) Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak.
Oleh yang demikian itu, hadis tersebut adalah busyra (berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah bahawa mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikuti jalan mereka.
Aqidah Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah adalah aqidah kaum muslimin dari kalangan Salaf dan Khalaf, aqidah para khalifah dan Sultan yang terdahulu seperti Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih. Banyak ulama` yang bersepakat dengan pentakwilan hadith ini. Al-Imam Al-Baihaqi menyatakan kemuliaan yang besar dan martabat yang mulia, yang dapat difahami dari hadith ini iyalah ditujukan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari kerana beliau berasal dari kaum Abu Musa al-Asy`ari dan dari kalangan generasinya yang dikurniakan limpahan ilmu dan rezeki memahami sesuatu ilmu, mendukung sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, menolak bid`ah, menegakkan hujah dan menolak kesamaran.
Al-Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda tentang Abu Musa al-Asy`ari dan kaumnya. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:
"هُمْ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُمْ".
"Mereka dariku dan aku dari mereka".[P] Maka dapat difahami dari hadis ini, bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa kaum Abu Musa al-Asy`ari adalah merupakan kaum yang dikasihi Allah ta`ala dan mereka mengasihi Allah ta`ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka dan semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang haq dan menghapuskan kebatilan.
Maka tidak heran, Abu al-Hassan al-Asy`ari mendapat ketinggian dan kemuliaan dengan diangkat menjadi panutan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah pada zamannya dan sehingga hari kiamat. Beliau berketurunan Abu Musa Al-Asy`ari yaitu salah seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah ta`ala dan Rasul-Nya.
Justru, sebagian ulama’ berpendapat bahawa keberkahan ini berkemungkinan kerana tepukan tangan Nabi sallallahu`alaihi wasallam ke bahu Abu Musa Al-Asy`ari radhiyallahu`anhu. Al-Imam al-Baihaqi menyatakan isyarat yang terdapat dalam hadis ini tidak akan dapat difahami oleh seseorang melainkan orang-orang yang mendapat taufiq, mendapat cahaya daripada Allah ta`ala dan orang-orang yang mempunyai ilmu yang mendalam dan dikurniakan dengan pandangan ainul al-basirah (mata hati). Allah ta`ala berfirman : artinya: "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (Demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturan-Nya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan memperoleh cahaya (yang akan meneranginya ke jalan yang benar) ". (Surah al-Nur : 40). Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qurtubi berkata di dalam kitab tafsirnya[V]:
"وَلْيُعْلَمْ أَنَّ كُلًّا مِنَ الإِمَامَيْنِ أَبِي الْحَسَنِ وَأَبِي مَنْصُوْرٍ-رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا-وَجَزَاهُمَا عَنِ الإِسْلامِ خَيْرًا لَمْ يُبْدِعَا مِنْ عِنْدِهِمَا رَأَيًا وَلَمْ يَشْتَقَّا مَذْهَبًا إِنَّمَا هُمَا مُقَرِّرَانِ لِمَذَاهِبِ السَّلَفِ مُنَاضَلانِ عَمَّا كَانَتْ عَلَيْهِ أَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ...وَنَاظَرَ كُلٌّ مِنْهُمَا ذَوِي الْبِدَعِ وَالضَّلالاتِ حَتَّى انْقَطَعُوْا وَوَلّوْا مُنْهَزِمِيْنَ".
"Hendaklah diketahui bahawa masing-masing dari al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi –semoga Allah meredhai keduanya- tidak membuat pendapat baru dan tidak menciptakan mazhab baru dalam Islam. Mereka hanya menetapkan pendapat-pendapat ulama’ Salaf dan membela ajaran sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Mereka telah berdebat dengan golongan ahli bid`ah dan sesat sampai takluk dan melarikan diri”. Berkata al-Imam al-Subki (W. 1252 H):[Q]
"وَهَؤُلاءِ الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ وَفَضَلاءُ الْحَنَابِلَةُ فِي الْعَقَائِدِ يَدٌ وَاحِدَةٌ كُلَّهُمْ عَلَىْ رَأْيِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ يَدِيْنُوْنَ لِلَّهِ تَعَالَى بِطَرِيْقِ شَيْخِ أَهْلِ السُّنَّةِ أَبِيْ الْحَسَنِ الأَشْعَرِيِّ...وَبِالْجُمْلَة
ِ: عَقِيْدَةُ الأَشْعَرِيِّ هِيَ مَا تَضَمَّنَتُهُ عَقِيْدَةُ أَبِيْ جَعْفَرِ الطَّحَاوِىْ الَّتِيْ تَلَقَّاهَا عُلَمَاءُ الْمَذَاهِبِ بِالْقَبُوْلِ وَرَضُوْهَا عَقِيْدَةً".
"Dan mereka yaitu Hanafiyyah, Syafi`eyyah, Malikiyyah dan tokoh-tokoh Hanabilah pada aqidah adalah bersatu di atas satu pandangan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang beriman kepada Allah ta`ala atas jalan Syeikh al-Sunnah Abu al-Hassan al-Asy`ari...secara umumnya aqidah al-Asy`ari iyalah aqidah yang terkandung dalam aqidah Abu Ja`far al-Tohawi yang diterima oleh para ulama’-ulama’ mazhab dan ridho sebagai aqidah".
Al-Imam al-Qurtubi menaqolkan kata-kata al-Hafiz al-Baihaqi di dalam kitabnya “Al-Jami` Li Ahkam al-Quran”. Juz 6. halaman. 220. "Demikian itu kerana apa yang terdapat didalamnya dari keutamaan yang besar dan martabat yang mulia untuk al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radhiyalallahu`anhu. Maka dia tergolong dari kaum Abu Musa Al-Asy`ari radhiyalallahu`anhu dan putra-putranya yang telah diberi ilmu dan dianugerahi pemahaman yang khusus". Al-Hafiz Ibn `Asakir berkata di dalam kitabnya “Tabyiinu Kadzib Al-Muftari”:
“Dan telah maklum berdasarkan dalil-dalil akal dan bukti-bukti usul bahawa tiada seorangpun daripada anak-anak Abu Musa tidak ada yang dapat menyanggah golongan sesat dan tidak ada yang dapat menolak kekeliruan golongan bid`ah dan sesat dengan hujah-hujah yang ampuh daripada kitab al-Quran dan al-Sunnah dan dengan dalil-dalil yang mantap daripada ijma` dan qiyas melainkan al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari radiyallahu`anhu.
Maka beliau telah berjihad melawan musuh-musuh kebenaran, menghentam mereka, memecahkan kata-kata mereka dan menghancurkan kesatuan mereka dengan hujah-hujah akal yang ampuh dan dalil-dalil sam`iyyah (al-Quran dan al-Sunnah) yang mantap”. Al-Hafiz Ibn `Asakir berkata di dalam kitabnya “Tabyiin Kadzib Al-Muftari” halaman. 397.
"Mereka (golongan Asya`irah) berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah, menjauhi faktor-faktor yang membawa kepada fitnah, yang tetap kuat bersabar dalam mempertahankan agama mereka, mengalahkan musuh-musuh dengan kekuatan bantuan hujah, tidak pernah meninggalkan berhujah dengan al-Quran dan hujah-hujah daripada hadis, tidak juga menggunakan akal sebebas golongan Qadariyyah dan Mu`attilah (golongan yang menafikan terus sifat Allah ta`ala), tetapi mereka menggabungkan penggunaan dalil naqli (al-Quran dan al-Hadith) dengan akal, lalu menjauhi manhaj Mu`attilah, bahkan turut menolak kewujudan golongan Mujassimah Musyabbihah (golongan yang menyamakan Allah ta`ala dengan makhluk, mereka berkata Allah mempunyai tangan, muka, duduk di atas `Arasy tetapi duduk-Nya tidak sama dengan makhluk), lalu membongkar kesesatan fahaman ahli bid`ah dengan dalil-dalil yang nyata. Mazhab mereka (Asya`irah) adalah pertengahan, masyrab (asas) mereka adalah asas yang sebaik-baiknya, kedudukan mereka adalah kedudukannya sebaik-baiknya, darjat mereka adalah setinggi-tinggi darjat, yang mana mereka tidak pernah tercela dengan celaan orang yang mencela atau direndahkan oleh orang yang mempertikaikan".
Al-Imam Taj al-Din `Abd al-Wahhab ibn `Ali ibn `Abd al-Kafi al-Subki (W 771) berkata di dalam kitabnya “Tabaqaat al-Syafi`iyyah al-Kubra” jilid 2, halaman. 263. "Ketahuilah, bahawa Abu al-Hassan al-Asy`ari tidak mereka atau menciptakan suatu pendapat dan tidak menumbuhkan suatu mazhab, tetapi beliau hanya menetapkan atau memperakui mazhab Salaf dan mempertahankan apa yang pernah dipegang oleh sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Ia dinisbahkan kepadanya hanya kerana beliau telah mengikatnya di atas jalan Salaf dan berpegang dengannya serta menegakkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil di atasnya.
Maka jadilah orang yang mengikutinya di atas jalan ini dinamakan sebagai Asy`ari atau al-Asya`irah". Al Habib Abdullah ibn `Alawi al-Haddad berkata di dalam kitabnya “Risalah al-Mu`awanah”, halaman., 60-61. "Kumpulan yang terselamatkan iyalah golongan yang dikenal sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Beliau menyatakan bahawa aqidah yang disusun oleh Abu al-Hassan al-Asy`ari merupakan aqidah ahli kebenaran.
Mereka iyalah golongan yang berpegang dengan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, sahabat-sahabatnya dan salafussoleh. Dinamakan Al-Asya`irah kerana ia dinisbahkan kepada Syeikh Abu al-Hassan al-Asy`ari yang telah menyusun kaedah-kaedah aqidah ahl al-Sunnah dan menulis dalil-dalilnya. Ia merupakan aqidah yang telah disepakati oleh sahabat dan orang-orang yang selepasnya dari kalangan tabi`in yang besar, yaitu aqidah Ahli Sunnah bagi ahli setiap zaman dan tempat. Ia merupakan aqidah seluruh ahli tasawwuf sebagaimana yang disebut oleh Abu Qasim Al-Qusyairi pada awal penulisan kitab Risalahnya.
Suara-suara yang di lontarkan oleh golongan al-Wahhabiyyah yang menamakan diri mereka sebagai Salafiyyah. Bagaimana mungkin mayoritas umat Islam ini bisa diklaim sebagai kafir al-Mu`attilah (golongan yang menafikan sifat-sifat Allah atau menafikan kewujudan Allah) atau golongan sesat? Sedangkan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam telah menyatakan bahawa kebanyakan umat baginda tidak sesat dan inilah antara keistimewaan umat ini sebagaimana sabda baginda:[W]
"إِنَّ اللهَ لا يَجْمَعُ أُمَّتِيْ عَلَى ضَلالَةٍ".
“Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku di atas suatu kesesatan” Menurut riwayat Ibn Majah ada suatu tambahan:
"فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسِّوَادِ الأَعْظَمِ".
“Maka jika kamu melihat suatu perselisihan, maka kamu hendaklah bersama kumpulan yang paling besar” Hadis di atas didukung atau dikuatkan oleh hadis mawquf dari Abu Mas`ud al-Badri, iaitu:[X]
"وَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللهَ لا يَجْمَعُ هَذِهِ الأُمَّةَ عَلَى ضَلالَةٍ".
“Dan kamu hendaklah bersama kumpulan kerana sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umat ini di atas suatu kesesatan Hadis di atas juga didukung oleh hadis mawquf dari `Abdullah ibn Mas`ud dan hadis ini thabit dari beliau:[Y]
"مَا رَءَاهُ الْمُسْلِمُوْنَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ حَسَنٌ وَمَا رَءَاهُ الْمُسْلِمُوْنَ قَبِيْحًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ قَبِيْحٌ".
“Suatu yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai baik maka perkara itu baik di sisi Allah, dan suatu yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai buruk maka perkara itu buruk di sisi Allah”. Sesungguhnya pernyataan bahawa kebanyakan atau mayoritas ummat ini terpelihara dari kesesatan tidak menafikan hadis sahih ini, yaitu sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[Z]
Meskipun begitu, hadis tersebut tidaklah bermaksud bahawa kebanyakan orang Islam dalam keadaan sesat dari sudut aqidah sehingga keluar dari agama Islam sebagaimana yang dikatakan secara terang-terangan oleh al-Wahhabiyyah dan golongan yang seumpama mereka. Selain itu, sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam itu juga mengisyaratkan kepada kita bahawa ilmu serta perjuangan Islam akan sentiasa berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi sedari zaman penurunan wahyu ketika hayat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam hingga hari terakhir yang dikehendaki Allah untuk umat Islam. Fitnah al-Wahhabiyyah di atas Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah boleh dianggap sebagai satu usaha dakwah mereka untuk memutuskan kesinambungan kebenaran Islam sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis tersebut. Wallahua`lam
_________________________________________________________________________
[A] K.H. Hasyim al-Asy`ari (1418 H), Risalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Jombang: Maktabah al-Turath, h. 5.
[B] Al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Harari (1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-Masyari`, h. 14-15.
[C] Hadis riwayat Ibn Majah (3950), Abd bin Humaid di dalam Musnad-nya (1220) dan al-Tabarani di dalam Musnad al-Syamiyyin (2069). Al-Hafiz al-Suyuti menilainya sebagai sahih di dalam kitab al-Jami` al-Saghir (1/88).
[D] Hadis riwayat al-Tirmizi (2582), Ahmad (12871) dan al-Hakim (1/88) yang menilainya sahih sesuai dengan pensyaratan al-Bukhari dan Muslim.
[E] Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi (2001), Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, Jamal `Aitabi (ed.), Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, , j. 1, h. 442.
[F] Abdurra`uf al-Munawi (2001), Faidh al-Qadir Syarh al-Jami` al-Saghir, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, j. 2, h. 546; Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi(2001), op.cit., h. 383.
[G] Abu Ishaq al-Syatibi (t.t), al-I`tisam, Riyadh: Maktabah al-Tauhid, h. 312-314.
[H] `Abd al-Rahman b. Salih al-Mahmud (1995), Mauqif Ibn Taimiyah min al-Asya`irah, Riyadh: Maktabah al-Rusyd, h. 502. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Safar al-Hawali (tokoh rujukan Wahhabi) di dalam kitabnya Naqd Manhaj al-Asya`irah fi al-`Aqidah, h. 7.
[I] Muhammad Adil Azizah al-Kayyali (2005), al-Firqah al-Najiyah hiya al-Ummah al-Islamiyyah Kulluha, Dubai: Mathani` al-Bayan, h. 88-89.
[J] Imam Al-Zabidi (t.t.), Ittihaf al-Saadah al-Muttaqin,(t.tp): (t.p), j. 2, h. 6.
[K] Ibn Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah radd al-Mukhtar, Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 52.
[L] Hassan Ibrahim (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie, j. 2, c. 7, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h. 162-163.
[M] Ali Juma`ah (2005), al-Bayan lima Yashghul al-Azham, Kaherah: al-Maqatam li al-Nasyr wa al-Tauzi`, h. 140.
[N] Al-Hafiz Ibn Asakir (1347 H), Tabyin Kizb al-Muftari, Damaskus: al-Taufiq, h. 66
[O] Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qurtubi (t.t), al-Jami` li Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Fikr, j. 6, h. 220.
[P] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Shahih Bukhari : Kitab Al-Maghoziy, Bab Quduumil Asy`ariyyun wa Ahlul Yaman bab kedatangan al Asy`ariyyun dan orang Yaman.
[19] Al-Hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 2, h. 7.
[Q] Al-Subki, Abu Nasr Abdul Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi(t.t). Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra. Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyyah, j. 3, h. 365-369.
[V] Al-Subki, Abu Nasr Abdul Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi(t.t). Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra. Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyyah, j. 3, h. 365-369.
[W] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnad Ahmad.
[X] Diriwayatkan oleh Ibn Abi `Asim dalam al-Sunnah. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Muwafaqatul-Khabar al-Khabar berkata: “Isnadnya hasan”.
[Y] Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad Ahmad dan lihat Kashful-Astar `an Zawa’idil-Bazzar oleh al-Hafiz al-Haythami. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Muwafaqatul-Khabar al-Khabar berkata: “(Hadis) ini mawquf hasan”.
[Z] Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak
Kami sangat ingin memanjakan anda dalam belajar, IQRO.NET sangat membutuhkan saran anda dalam mewujudkan hal itu, Salah satunya adalah kami ingin memberitahukan anda ketika kami update Artikel menggunakan RSS atau menggunakan email, silahkan.
Sengaja banyak catatan yang belum selesai, kami ingin tau seberapa perduli anda kepada ilmu, terutama masalah muamalah, biasanya akan terurai pada kolom komentar.
0 Response to "Memahami Makna Ahlisunnah Wal Jama'ah"
Post a Comment