Pendapat Imam As-Syafi’i sangat menegaskan : “Seseorang tidak boleh memberi fatwa dalam agama Allah kecuali dia mengetahui keseluruhan Al-Qur’an dan ilmu-ilmunya seperti nasikh dan mansukh, ayat muhkam dan mutasyabih, ta’wil dan tanzil, ayat makkiyah atau madaniyyah. Dia juga perlu mengetahui tentang hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam), serta ilmu-limunya (‘ulumul hadis) seperti nasikh dan mansukh, dan lain-lain.
Setelah itu, dia juga pelu menguasai Bahasa Arab, Sya’ir-sya’ir Arab, dan sastra-sasteranya (kerana Al-Qur’an dan Hadis dalam Bahasa Arab dan mengandungi kesastraannya. Setelah itu, dia juga pelu mengetahui perbezaan Bahasa Arab di kalagan setiap ahli masyarakat Arab. Jika dia sudah menguasai keseluruhan perkara-perkara tersebut, barulah dia layak memberi fatwa mengenai halal dan haram. Jika tidak, dia tidak layak untuk memberi fatwa.”[ Ibid m/s 6 dikutip dari kitab “Al-Faqih wal Mutafaqqih” karangan Al-Khatib Al-Baghdadi.]
Pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, menegaskan dalam perkata’anya (seperti yang diriwayatkan oleh anak beliau) : “seseorang yang ingin memberi fatwa perlulah terlebih dahulu memahami keseluruhan Al-Qur’an, mengetahui sanad-sanad hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) dan mengetahui Sunnah-sunnah.[ I’lamul Muaqi’iin”, jilid 2 m/s 252]
Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata : “saya pernah bertanya kepada ayah saya (Ahmad bin Hanbal ), tentang seorang pemuda yang memiliki banyak kitab-kitab mengenai hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) dan himpunan kata-kata para sahabat r.a. dan para tabi’in r.h.l., tetapi tidak mengetahui tentang kedudukan sesuatu hadis tersebut sahih atau sebaliknya, adakah dia boleh beramal sesuka hatinya? Ataupun, adakah dia layak memilih hadis mana yang dia mahu gunakan, dan memberi fatwa atau beramal dengannya?
Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: “Tidak! Sehinggalah dia bertanya kepada ulama’ mengenai hadis mana yang boleh digunakan. Kemudian, barulah dia boleh beramal dengannya (hadis yang disahkan kesahihannya oleh ulama’ yang ditanya mengenainya).”[ Al-Faqih Shiekh Ahmad Al-Kairanawi m/s 5, dikutip dari “I’lamul Muaqi’iin”]
Ibn Rusyd pernah ditanya tentang kata-kata: “Hadis itu menyesatkan kecuali bagi ahli Fiqh”. Beliau ditanya lagi: “Bukankah seorang ahli Fiqh itu juga perlu tahu mengenai Hadis terlebih dahulu.?!” Beliau menjawab : “Kata-kata itu bukanlah dari Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam), ia merupakan kata-kata Ibn ‘Uyainah r.h.l. dan ahli-ahli Fiqh yang lain. Maksud kata-kata itu tepat, kerana kadangkala, sesuatu hadis itu diriwayatkan dalam sesuatu keadaaan yang khusus, tetapi maknanya umum, begitu juga sebaliknya.
Ada juga Hadis yang Nasikh dan Hadis yang Mansukh (tidak digunakan lagi). Kadangkala pula, ada hadis yang secara zahirnya seolah-olah menyerupakan Allah dengan makhluk (Tasybih). Ada juga hadis yang maksudnya hanya diketahui oleh para ahli Fiqh saja. Barangsiapa yang hanya mengumpulkan hadis tetapi tidak memahaminya tidak dapat membedakan antara hadis yang maksudnya umum atau khusus.
Oleh kerana itu, ahli Fiqh (Faqih) itu bukanlah orang yang sekadar mengetahui tentang Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) saja, bahkan memahaminya secara mendalam. Jika seseorang itu tdak mampu memahami secara mendalam dalam masalah hadis maupun Fiqh, maka dia bukanlah seorang ahli Fiqh (Faqih), walaupun dia mengumpulkan banyak Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam). Inilah sebenarnya maksud kata-kata Sufyan bin ‘Uyainah.[ Abu ‘Abbas Al-Wansyarishi “Al-Mi’yar Al-Mu’rab” jilid 12 m/s 314]
Adapun Sufyan bin ‘Uyainah pernah mengatakan begini : “Hadis itu menyesatkan kecuali kepada Al-Fuqoha’ (ulama’ ahli Fiqh). Kadangkala, suatu hadis itu tidak boleh dipegang secara zahir saja, malah ada ta’wilannya. Kadangkala, sesuatu Hadis itu pula ada maksud yang tersembunyi. Ada juga Hadis yang perlu ditinggalkan dengan sebab-sebab tertentu, yang mana, semua itu hanya diketahui oleh orang yang mahir dan berilmu luas khususnya dalam Fiqh (kefahaman).”[ Imam ibn Abi Zaid Al-Qairawani, “Al-Jami’” m/s 118]
Bahkan Sufyan bin ‘Uyainah pernah menegaskan : “Orang yang pertama membantu saya dalam memahami hadis dan menjadikan saya seorang ahli Hadis ialah Imam Abu Hanifah (seorang ulama’ fiqh)”[ “Jawahir Al-Mudhiyah” jilid 1 m/s 31]
Abdullah bin Mubarak (seorang ulama’ Hadis dari Khurasan) juga pernah berkata : “Jika Allah S.W.T. tidak membantu saya dengan perantaraan Abu Hanifah dan Sufyan (dua ulama’ Fiqh), nescaya aku sama saja seperti orang awam (yang tidak memahami Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) “.[Tibyiidh As-Shohafiyyah” m/s 16]
Imam Al-Kautsari. berkata di dalam kitab Al-Intiqa’ karangan Ibn Abdil Bar, telah berkata Abdullah bin Wahab (dari sanad Ibn ‘Asakir) : “Jika tiada Imam Malik bin Anas dan Imam Al-Laith Sa’ad, nescaya saya akan binasa. Dulu, saya menyangka setiap yang datang dari Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam) (As-Sunnah dan Al-Hadis), perlu diamalkan”. Maksud kesesatan dalam perkataan beliau ialah : persanggahan dengan maksud Hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam). Kemudian, Imam Al-Kauthari mengulas: “Kesesatan yang dimaksudkan sebagaimana berlaku pada kebanyakan manusia yang jauh dari ilmu Fiqh dan tidak dapat membedakan tentang hadis yang diamalkan dan selainnya. [Kutb “Al-Intiqa’ fi Fadhail Al-A’immah Ath-Thalathah Al-Fuqoha’” m/s 27-28]
Al-Qodhi ‘Iyadh meriwayatkan, Ibn Wahb juga pernah berkata : “Andai Allah S.W.T. tidak menyelamatkan saya dari kesesatan melalui Imam Malik dan Al-Laits., nescaya saya akan sesat.” Beliau ditanya: “Mengapa begitu?” Beliau menjawab: ” Saya telah menghafal banyak hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam), sehingga timbul berbagai persoalan. Kemudian, saya pergi ke Imam Malik dan Al-Laits untuk bertanya mengenainya, maka mereka berkata kepada saya: “Hadis ini kamu amalkan dan ambil ia sebagai hujah, dan hadis yang ini pula kamu tinggalkan (tidak perlu menggunakannya).”[ Tartib Al-Madarik” jilid 2 m/s 427]
Abdulla bin Wahb. (seorang ahli hadis juga sahabat Imam Malik.) juga pernah berkata : “saya telah berjumpa dengan tiga ratus enam puluh ulama’, (bagi saya) tanpa Imam Malik dan Imam Laits (ulama’-ulama’ Fiqh), nescaya saya akan tersesat dalam ilmu.”[ Ibn Hibban, muqoddimah Kitab “Al-Majruhin”]
Beliau juga diriwayatkan, pernah berkata : “Kami mengikuti empat orang ini dalam ilmu, duanya di Mesir dan dua orang lagi di Madinah. Imam Al-Laith bin Sa’ad dan Amr bin Al-Harith di Mesir, dan dua orang lagi di Madinah ialah Imam Malik dan Al-Majishun. Jika tidak kerana mereka, nescaya kami akan sesat.”
Khalaf bin Umar. telah berkata : “Saya mendengar Malik bin Anas berkata : “Saya tidak pernah duduk untuk memberi fatwa sehingga saya bertanya terlebih dahulu kepada orang yang lebih ‘alim dari saya tentang kelayakan saya untuk berfatwa. Saya pernah bertanya terlebih dahulu kepada Rabi’ah dan Yahya bin Sa’id, sedangkan mereka menyuruh saya untuk berfatwa.
Maka, saya menegaskan: “Wahai Aba Adullah, adakah tidak mengapa untuk saya berfatwa sedangkan kamu ada di sini?” Beliau menjawab: “Saya tidak layak berfatwa. Tidak layak bagi seseorang itu, menganggap dirinya layak untuk sesuatu perkara, sehingga dia bertanya kepada seseorang yang lebih mengetahui darinya.”[“Tazyiin Al-Mamalik” karangan Imam As-Suyuti m/s 7-8]

Kami sangat ingin memanjakan anda dalam belajar, IQRO.NET sangat membutuhkan saran anda dalam mewujudkan hal itu, Salah satunya adalah kami ingin memberitahukan anda ketika kami update Artikel menggunakan RSS atau menggunakan email, silahkan.
Sengaja banyak catatan yang belum selesai, kami ingin tau seberapa perduli anda kepada ilmu, terutama masalah muamalah, biasanya akan terurai pada kolom komentar.
0 Response to "Syarat-syarat Bila Mau Membangun Dakwah Atau Berfatwa"
Post a Comment